Sabtu, 22 Disember 2012

Air Terjun Anugerah Semulajadi... ALLAH kepada makhlukNYA yang hendak berfikir


Gambar: Air Terjun


Gambar : Air Terjun


Gambar :  Air Terjun



Asalamualaikum... Sahabat, Apa khabar ? Cuti sekolah sudah hampir kepenghujungnya...
ramai diantara kita yang mengambil kesempatan di saat akhir untuk membawa anak-anak dan keluarga bersantai. Alhamdulillah... saya pun begitu tidak banyak bergerak ke tempat yang sulit, bagaimanapun pada kali ini saya hendak berkongsi dengan anugerah ALLAH kepada makhluknya iaitu AIR TERJUN... Jika kita perhatikan dan amati kawasan air terjun yang dipenuhi dengan berbagai jenis batu, pasir , dinaungi pokok-pokok yang berbagai jenis  sepanjang air yang mengalir  bersih dan laju disulami dengan campuran akar-akar kayu yang sihat dan yang telah lama terendam, ada juga bongkah-bongkah yang telah lama mati serta ribuan spesis daun yang berguguran turut terendam dan larut disepanjang aliran Air Terjun memang cukup indah.

Dapat kita simpulkan bahawa alam semulajadi dan diri kita manusia tidak dapat dipisahkan.
Ianya tak ubah seperti orang yang perlu makan dan minum setiap hari untuk meneruskan kehidupan sebagai tuntutan  manusia normal. Perkongsian sesama  makhluk cukup unik dan saling memerlukan diantara satu sama yang lain. Jika Alam Semulajadi  Anuggerah ALLAH kepada kita dapat kita jaga sebaiknya, tentunya melahirkan masyarakat yang Padu dan Mantap dalam perkongsian alam. Dari beberapa sudut jika kita perhatikan dan pandang... anugerah ALLAH... AIR TERJUN secara semulajadinya banyak sumbangannya kepada kita sebagai manusia. Udaranya yang bersih dengan bunyi Jatuhan Air Deras membuatkan deria manusia kian peka tentang alam.

Kesejukan AIR TERJUN dengan campuran ribuan jenis batu,  ratusan  jenis akar-akar
kayu dan daun yang gugur seolah-olah  HIDANGAN   yang cukup  ISTIMEWA  dari  SANG PENCIPTA  kepada  makhluknya yang hendak berfikir dan menghargainya. IANYA boleh dikatakan sebuah hadiah Santapan Semulajadi  yang ALLAH berikan terus kepada  makhlukNYA  manusia. Mungkin juga jika kita kaji tidak pelik mereka yang terlibat dalam dunia PERUBATAN sama ada secara Tradisional atau Saintifik... mencadangkan AIR TERJUN dan persekitarannya adalah salah satu dari ramuan untuk manusia itu menjadi sihat. Perkongsian ini boleh diteruskan, diulas oleh sahabat-sahabat yang melayari Blog Dunia Mistik 1001, sahabat boleh emailkan jika perkongsian itu panjang ke email saya :  matbpyp@gmail.com. Sampai jumpa lagi... Salam. 

Tiada ulasan: