Sabtu, 8 Disember 2012

Geliga Ular - Kebenaran itu kadang-kala pahit untuk diterima...



Assalammualaikum… Untuk dikongsi > Bila cerita tentang geliga ular nii…. Teringat saya tentang kawan saya               ( Razak – bukan nama sebenar )  35 tahun dahulu. Ayahnya semasa hendak pergi kerja selepas sembahyang subuh di sebuah surau. Terlihat sesuatu yang berkilat-kilat di celah  rumput di tepi jalan… yang menjadi perhatian ayah kawan saya nii… bukan benda yang berkilat-kilat di celah rumput waktu subuh yang samar-samar terangnya. Tapi sesuatu yang menyala-nyala… dan berkelip-kelip nyalaannya sehingga akhirnya hilang nyalaannya… berhampiran dengan benda yang berkilat dalam samar-samar cahaya lampu di tepi jalan. Rupanya yang berkilat tuuu… bukan apa ular dan yang  menyala-nyala sekejap berkelip, sekejap samar-samar terang menyala pada subuh tuuu… geliga ular. 

Dengan Izin – ALLAH ayah kawan saya dapat mengambil geliga ular yang berkelip-kelip                  tuuu... dan dibawa pulang. Peliknya geliga tersebut pada waktu siang hari tidak berkelip dan bentuknya juga tidak beberapa menarik. Kelihatan seperti batu akek lama berkilat, berwarna coklat buruk, bercampur warna kuning ke orenan. Dipendekkan cerita kawan saya nii… suka menguji diri dengan benda-benda yang pelik, kononnya nak tunjuk dia niii.. handal orangnya. Menyambut cabaran dari berapa orang rakan, kalau engkau hebat cubalah bawa tidur geliga ular yang ayah kau dapat . Kita orang nak tahu apa yang akan kau perolehi dalam tidur nanti… kawan saya ni sahut cabaran member-member saya.

Dia menyatakan semasa   geliga ular ayahnya dibawa bersama semasa tidur.  Kawan                         saya tidak lena tidur… dia sering bermimpi dikeliling oleh banyak ular dan ular-ular tersebut berebut-rebut hendakkan geliga yang kawan saya bawa dalam tidurnya. Kerana terlalu kerap bermimpikan ular dan dikerumun oleh ular, bukan sahaja kecil yang besar pun ada termasuk ular yang berbisa.  Kawan saya tidak membawa bersama geliga ular ayahnya semasa tidur. Dia simpan geliga ular ayahnya dalam tin dalam rumah, yang tidak seronoknya adalah rumahnya sering dimasuki ular dan banyak ular bertelur dibawa simen lantai rumahnya. 

Keadaan ini membuatkan kawan saya dan keluarganya  tidak selesa tinggal dalam                          rumah. Tetapi dek kerana terlalu percaya dengan Izin – ALLAH  geliga ular boleh beri berbagai POWER  dia dan ayahnya simpan juga geliga ular tersebut dalam rumah tapi tak tahu dimana menjadi rahsia. Suatu hari semas kita orang tengah seronok tengok  tv waktu malam dirumahnya, ibu kawan saya hendak ke  bilik air buang air kecil. Peliknya ibu kawan saya  menjerit dan lari lintang pukang ke hadapan rumah di ruang tamu, menyatakan semasa hendak ke bilik air kakinya seperti disembur sesuatu, dinyatakan kena sembur seperti  angin yang kuat berpunca dari  bawah akuarium batu yang  dialas  dengan sebiji batu bata merah pada setiap bucu.

Apabila kami membuat pemeriksaan dengan membawa lampu picit memastikan keadaan tiada apa-apa di bawah akuarium batu tersebut. Keesokan harinya kawan saya sekeluarga mengambil keputusan mengangkat akuarium batu untuk mempastikan apa yang ada di bawahnya. Bila akuarium dialihkan termasuk batu bata merah yang dibuat alas, rupanya ada lubang sebesar betis budak berumur empat tahun. Bila dilihat dari atas dalam lubang itu gelap tak nampak apa dalamnya. Dia orang ambil keputusan guna lampu picit untuk menyuluh apa ada dalam lubang tuu… perlahan-lahan disuluh  barulah nampak benda berkilat-kilat... bila dilihat lagi dan dijolok dengan kayu benda tuuu... bergerak dan nampak ada ular dalam lubang tersebut. 

Ringkas cerita keluarga  kawan saya ambil keputusan untuk memecahkan lantai simen                        dapur rumahnya. Alangkah terperanjatnya rupanya ada seekor ular hitam atau ular mura mengeramkan telur hampir enam ke tujuh biji telur berwarna putih berkulit lembut. Ular betina hitam atau ular mura mengeram rupanya garang… menaikkan kepala dengan mengembangkan kepalanya kelihatan seperti senduk nasi  yang mak saya selalu gunakan menghidangkan makanan untuk kami sekeluarga. Disebabkan takut  dengan ular hitam atau ular mura betina yang mengembangkan kepalanya, mematuk serta menyembur angin ke arah kayu dan buluh setip kali diacuh oleh ahli keluarga kawan saya. 

Mereka mengambil keputusan untuk membelasah habis-habisan atau senang cerita kasi… 
mati itu ular sebelum ular yang mengembangkan kepalanya seperti senduk nasi dan belakang
kepala ular tersebut jika dilihat seperti lukisan berwarna kuning keorennan… mematuk ahli keluarga mereka. Apabila ular dipukul beramai-ramai dipunya bunyi macam orang nak berperang, darah ular yang kena pukul mengalir cukup merah dan dia punya bau lebih hanyir dari bau ikan yang mak saya selalu siang bila balik dari pasar. Tak sampai sebulan dari tarikh kematian ular dipukul hingga mati  di dalam rumah, ibu kawan saya jatuh sakit… sehingga akhirnya meninggal dunia. 

Ramai juga rakan dan jiran menyatakan pada kawan saya, YANG KALI…  jika ada ular 
dalam rumah jangan dibunuh terus.  Beri laluan dahulu pada sang ular… untuk keluar, jangan 
terus bunuh sebab ular juga makhluk ALLAH,  dan  agak penting jika yang dibunuh dalam rumah 
tadi  SEBENARNYA…  rupanya saja ular tapi sebenarnya jelmaan jin yang  duduk bersama atau menumpang dalam rumah. Itu yang menjadi masalah atau selalu buat masalah. Jika salah bunuh ular,  yang  terbunuh jin menjelma menjadi ular…  kita pula sebagai manusia biasa yang akan bermasalah. 

Sebab kena bangsa jin yang kafir atau tidak boleh lebih kurang… aniaya kita dibuatnya sekeluarga. Kepada kawan-kawan yang selalu melayari blog ini diharap jangan salah faham dengan paparan atau pos yang saya berikan tentang  GELIGA  ULAR  AYAH  KAWAN SAYA. Mungkin geliga ular yang tuan-tuan miliki  tidak sama cerita  qada dan qadarnya dengan geliga ular yang   AYAH KAWAN SAYA  miliki.
Sesungguhnya… ALLAH itu satu tiada sekutu baginya, ghaib tidak dapat dilihat, manusia yang mempercayaiNYA terus menyembahNYA. Begitu juga wujudnya malaikat tidak  dapat dilihat oleh semua manusia kecuali dengan IzinNYA,  seperti nabi-nabi dan mereka yang terpilih. Sama-samalah  kita menjadikan doa kepada ALLAH,  sebagai senjata yang paling ampuh atau berkesan untuk menghadapi sesuatu  Ujian yang diberikan kepada kita sebagai hambaNYA. Berkat Selawat Nabi Muhammad S.A.W.  Insya-ALLAH… amin 3x. Mudah-mudahan kemudahan yang ALLAH berikan kepada kita, sama ada kayu, batu, besi dan sebagainya   dapat kita gunakan untuk kebaikan dunia, dalam perjalanan kita mengAGUNGKAN  ALLAH  untuk menuju ke akhirat.  ALLAH itu maha berkuasa hanya kepadaNYAlah kita berserah dan meminta pertolongan, sesungguhnya tiada sekutu bagi ALLAH. 

Ribuan maaf saya hulurkan pada kawan-kawan dalam blog ini,  seandainya post atau papaparan yang saya berikan melukakan hati tuan-tuan. Sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH  dan jika berlaku kelemahan datangnya dari ke bodohan dan kelemahan  saya sendiri. Salam…

12 ulasan:

Dunia Mistik 1001 berkata...

Kepada Saudara Tajudin dari Singapura yang menalifon saya berhubung dengan Geliga Ular, terima kasih kerana sudi melayari BLOG SAYA..., untuk pengetahuan Saudara Tajudin, buat saya tiada memiliki Geliga Ular dan Batu Delima juga sudah habis jual, salam

Unknown berkata...

Saya ada geliga mcm dimksudkn..tpu tk tau guna...0134477751

emmanuelson berkata...

Kalau nak taya batu ular itu apa kegunaan nya

Unknown berkata...

Mohon balas. Saya nak tahu keistimewaan geliga ular tu. Besar telur.

Ayih berkata...

As sala
M bro..kau ada
Geliga ul
Ar ke?

Ayih berkata...

As sala
M bro..kau ada
Geliga ul
Ar ke?

Unknown berkata...

Saya ada geliga ular

yohanes mergi berkata...

saya ada geliga ular ripung,apa gunanya?

yohanes mergi berkata...

saya ada geliga ular ripung,apa gunanya?

Alia Natasha berkata...

Assalamualaikum tuan, sy ada pelbagai barang untuk dimaharkan.Tuan boleh test sendiri keasliannya.Berikut adalah brg yg ada dgn sy :
-geliga sisik naga
-geliga cenderawasih
-mustika permata embun
-besi kuning kalimah Allah dan Muhammad
-Minyak akar bulu perindu
-Duit sukarno anti rasa
-Batu kewibawaan
#mahar boleh dirunding
#apa2 brg boleh request.Smua sy ada.
whatsapp sy 0194427271

Unknown berkata...

saya ada nak jual geliga ular ori.0137995359

Nur haura afeeya berkata...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring