Assalammualaikum…
Untuk dikongsi > Bila cerita tentang geliga ular nii…. Teringat saya tentang
kawan saya ( Razak – bukan
nama sebenar ) 35 tahun dahulu. Ayahnya
semasa hendak pergi kerja selepas sembahyang subuh di sebuah surau. Terlihat sesuatu
yang berkilat-kilat di celah rumput di
tepi jalan… yang menjadi perhatian ayah kawan saya nii… bukan benda yang
berkilat-kilat di celah rumput waktu subuh yang samar-samar terangnya. Tapi
sesuatu yang menyala-nyala… dan berkelip-kelip nyalaannya sehingga akhirnya
hilang nyalaannya… berhampiran dengan benda yang berkilat dalam samar-samar
cahaya lampu di tepi jalan. Rupanya yang berkilat tuuu… bukan apa ular dan
yang menyala-nyala sekejap berkelip,
sekejap samar-samar terang menyala pada subuh tuuu… geliga ular.
Dengan Izin
– ALLAH ayah kawan saya dapat mengambil geliga ular yang berkelip-kelip tuuu... dan dibawa pulang. Peliknya geliga tersebut
pada waktu siang hari tidak berkelip dan bentuknya juga tidak beberapa menarik.
Kelihatan seperti batu akek lama berkilat, berwarna coklat buruk, bercampur
warna kuning ke orenan. Dipendekkan cerita kawan saya nii… suka menguji diri
dengan benda-benda yang pelik, kononnya nak tunjuk dia niii.. handal orangnya.
Menyambut cabaran dari berapa orang rakan, kalau engkau hebat cubalah bawa
tidur geliga ular yang ayah kau dapat . Kita orang nak tahu apa yang akan kau
perolehi dalam tidur nanti… kawan saya ni sahut cabaran member-member saya.
Dia
menyatakan semasa geliga ular ayahnya dibawa bersama semasa tidur. Kawan saya tidak lena tidur… dia sering bermimpi
dikeliling oleh banyak ular dan ular-ular tersebut berebut-rebut hendakkan
geliga yang kawan saya bawa dalam tidurnya. Kerana terlalu kerap bermimpikan
ular dan dikerumun oleh ular, bukan sahaja kecil yang besar pun ada termasuk
ular yang berbisa. Kawan saya tidak
membawa bersama geliga ular ayahnya semasa tidur. Dia simpan geliga ular
ayahnya dalam tin dalam rumah, yang tidak seronoknya adalah rumahnya sering
dimasuki ular dan banyak ular bertelur dibawa simen lantai rumahnya.
Keadaan ini
membuatkan kawan saya dan keluarganya tidak selesa tinggal dalam rumah. Tetapi dek kerana terlalu percaya
dengan Izin – ALLAH geliga ular boleh
beri berbagai POWER dia dan ayahnya
simpan juga geliga ular tersebut dalam rumah tapi tak tahu
dimana menjadi rahsia. Suatu hari semas kita orang tengah seronok tengok tv waktu malam dirumahnya, ibu kawan saya
hendak ke bilik air buang air kecil. Peliknya
ibu kawan saya menjerit dan lari lintang
pukang ke hadapan rumah di ruang tamu, menyatakan semasa hendak ke bilik air
kakinya seperti disembur sesuatu, dinyatakan kena sembur seperti angin yang
kuat berpunca dari bawah akuarium batu
yang dialas dengan sebiji batu bata merah pada setiap bucu.
Apabila kami
membuat pemeriksaan dengan membawa lampu picit memastikan keadaan tiada apa-apa
di bawah akuarium batu tersebut. Keesokan harinya kawan saya sekeluarga mengambil
keputusan mengangkat akuarium batu untuk mempastikan apa yang ada di bawahnya.
Bila akuarium dialihkan termasuk batu bata merah yang dibuat alas, rupanya ada
lubang sebesar betis budak berumur empat tahun. Bila dilihat dari atas dalam
lubang itu
gelap tak nampak apa dalamnya. Dia orang ambil keputusan guna lampu picit untuk
menyuluh apa ada dalam lubang tuu… perlahan-lahan disuluh barulah nampak benda berkilat-kilat... bila
dilihat lagi dan dijolok dengan kayu benda tuuu... bergerak dan nampak ada ular
dalam lubang tersebut.
Ringkas
cerita keluarga kawan saya ambil
keputusan untuk memecahkan lantai simen dapur rumahnya.
Alangkah terperanjatnya rupanya ada seekor ular hitam atau ular mura
mengeramkan telur hampir enam ke tujuh biji telur berwarna putih berkulit
lembut. Ular betina hitam atau ular mura mengeram rupanya garang… menaikkan
kepala dengan mengembangkan kepalanya kelihatan seperti senduk nasi yang mak saya selalu gunakan menghidangkan
makanan untuk kami sekeluarga. Disebabkan takut dengan ular hitam atau ular mura betina yang
mengembangkan kepalanya, mematuk serta menyembur angin ke arah kayu dan buluh setip
kali diacuh oleh ahli keluarga kawan saya.
Mereka mengambil
keputusan untuk membelasah habis-habisan atau senang cerita kasi…
mati itu ular sebelum ular yang mengembangkan kepalanya seperti senduk nasi dan belakang
kepala ular tersebut jika dilihat seperti lukisan berwarna kuning keorennan… mematuk ahli keluarga mereka. Apabila ular dipukul beramai-ramai dipunya bunyi macam orang nak berperang, darah ular yang kena pukul mengalir cukup merah dan dia punya bau lebih hanyir dari bau ikan yang mak saya selalu siang bila balik dari pasar. Tak sampai sebulan dari tarikh kematian ular dipukul hingga mati di dalam rumah, ibu kawan saya jatuh sakit… sehingga akhirnya meninggal dunia.
mati itu ular sebelum ular yang mengembangkan kepalanya seperti senduk nasi dan belakang
kepala ular tersebut jika dilihat seperti lukisan berwarna kuning keorennan… mematuk ahli keluarga mereka. Apabila ular dipukul beramai-ramai dipunya bunyi macam orang nak berperang, darah ular yang kena pukul mengalir cukup merah dan dia punya bau lebih hanyir dari bau ikan yang mak saya selalu siang bila balik dari pasar. Tak sampai sebulan dari tarikh kematian ular dipukul hingga mati di dalam rumah, ibu kawan saya jatuh sakit… sehingga akhirnya meninggal dunia.
Ramai juga
rakan dan jiran menyatakan pada kawan saya, YANG KALI… jika ada ular
dalam
rumah jangan dibunuh terus. Beri laluan dahulu pada sang ular… untuk keluar,
jangan
terus bunuh sebab ular juga makhluk ALLAH, dan agak penting jika yang dibunuh dalam rumah
tadi SEBENARNYA… rupanya saja ular tapi sebenarnya jelmaan jin
yang duduk bersama atau menumpang dalam rumah. Itu yang menjadi masalah atau
selalu buat masalah. Jika salah bunuh ular, yang terbunuh jin menjelma menjadi ular… kita pula sebagai manusia biasa yang akan
bermasalah.
Sebab kena
bangsa jin yang kafir atau tidak boleh lebih kurang… aniaya kita dibuatnya
sekeluarga. Kepada kawan-kawan yang selalu melayari blog ini diharap jangan
salah faham dengan paparan atau pos yang saya berikan tentang GELIGA
ULAR AYAH KAWAN SAYA. Mungkin geliga ular yang tuan-tuan miliki tidak sama cerita qada dan qadarnya dengan geliga ular yang AYAH
KAWAN SAYA miliki.
Sesungguhnya…
ALLAH itu satu tiada sekutu baginya, ghaib tidak dapat dilihat, manusia yang
mempercayaiNYA terus menyembahNYA. Begitu juga wujudnya malaikat tidak dapat dilihat oleh semua manusia kecuali
dengan IzinNYA, seperti nabi-nabi dan
mereka yang terpilih. Sama-samalah kita
menjadikan doa kepada ALLAH, sebagai senjata yang paling ampuh atau berkesan
untuk menghadapi sesuatu Ujian yang diberikan kepada kita sebagai hambaNYA. Berkat
Selawat Nabi Muhammad S.A.W. Insya-ALLAH… amin 3x. Mudah-mudahan kemudahan yang
ALLAH berikan kepada kita, sama ada kayu, batu, besi dan sebagainya dapat kita gunakan
untuk kebaikan dunia, dalam perjalanan kita mengAGUNGKAN ALLAH untuk menuju ke akhirat. ALLAH itu maha
berkuasa hanya kepadaNYAlah kita berserah dan meminta pertolongan, sesungguhnya
tiada sekutu bagi ALLAH.
Ribuan maaf
saya hulurkan pada kawan-kawan dalam blog ini, seandainya post atau papaparan
yang saya berikan melukakan hati tuan-tuan. Sesungguhnya yang baik itu dari
ALLAH dan jika berlaku kelemahan
datangnya dari ke bodohan dan kelemahan saya
sendiri. Salam…
12 ulasan:
Kepada Saudara Tajudin dari Singapura yang menalifon saya berhubung dengan Geliga Ular, terima kasih kerana sudi melayari BLOG SAYA..., untuk pengetahuan Saudara Tajudin, buat saya tiada memiliki Geliga Ular dan Batu Delima juga sudah habis jual, salam
Saya ada geliga mcm dimksudkn..tpu tk tau guna...0134477751
Kalau nak taya batu ular itu apa kegunaan nya
Mohon balas. Saya nak tahu keistimewaan geliga ular tu. Besar telur.
As sala
M bro..kau ada
Geliga ul
Ar ke?
As sala
M bro..kau ada
Geliga ul
Ar ke?
Saya ada geliga ular
saya ada geliga ular ripung,apa gunanya?
saya ada geliga ular ripung,apa gunanya?
Assalamualaikum tuan, sy ada pelbagai barang untuk dimaharkan.Tuan boleh test sendiri keasliannya.Berikut adalah brg yg ada dgn sy :
-geliga sisik naga
-geliga cenderawasih
-mustika permata embun
-besi kuning kalimah Allah dan Muhammad
-Minyak akar bulu perindu
-Duit sukarno anti rasa
-Batu kewibawaan
#mahar boleh dirunding
#apa2 brg boleh request.Smua sy ada.
whatsapp sy 0194427271
saya ada nak jual geliga ular ori.0137995359
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Catat Ulasan